THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

jAM anTARabaNGsa

Sabtu, 14 November 2009

gosip SB3

SB3: APA MASALAH ENOT DAN ZAINUL?



KL, 21 OKTOBER 2009: Demam Sehati Berdansa 3 (SB3) dah pun bermula. Murai Batu tahu ramai terkejut melihat beberapa pasangan artis telah memberanikan diri untuk turun ke lantai tarian dan salah satu daripada mereka adalah Enot, 30, dan suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 38.

Maklumlah selama ini orang hanya melihat Enot melawak dan berlakon tetapi siapa sangka artis berbadan montel dan comel macam Enot pun ada semangat tari yang tinggi. Syabas Enot & Zainul!

Baiklah, minggu lalu, waktu Murai Batu sibuk menghabiskan road tour rumah terbuka Aidilfitri, Murai Batu ternampak dengan Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, di tengah-tengah kota.

Waktu itu Enot keluar bersama suaminya, Zainul, 39, serta koreografi mereka, Anuar. Mereka begitu asyik membelek baju-baju di BB Plaza untuk dipakai bagi episod pertama SB3

Beriya sungguh Enot membelek baju dan banyak jugalah begshopping yang digalas Zainul. Dalam seronok-seronok melihat mereka, Murai Batu dapat tahu, ketika ini Enot hadapi beberapa masalah dalam SB3.

Antaranya masalah kostum Enot kerana saiz tubuhnya besar. Apapun, Anuar telah berjaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Enot itu termasuk menyewakan dari butik khas.

Zainul pula khabarnya terpaksa berlatih lebih gigih untuk melakukan langkah-langkah yang lincah dan agak agresif terutama mengangkat tubuh isterinya yang sihat itu. Haaa, kita tengok nanti macam mana aksi-aksistunts yang bakal dilakukan oleh Enot dan Zainul nanti!

Yang penting, mereka lakukan semua ini demi menghiburkan kita selain memungut dana bagi badan kebajikan yang diwakili mereka, Yayasan Paru-Paru Malaysia

0 comments: